Price | RM99.00 |
Product SKU | OHYPREX-460ML |
Brand | HYPREX |
Size (L x W x H) | 6 cm x 6 cm x 28 cm |
Availability | Out Of Stock |
- Ringan dan mudah alih.
- Saiz kecil dan memerlukan ruang kecil untuk disimpan.
- Sangat mudah digunakan oleh semua golongan.
- Terbukti selamat untuk disimpan dalam kenderaan.
- Kandungan 100% mesra alam - tiada kesan dan bau.
- Memadam api dalam beberapa saat sahaja.
- Diuji dan terbukti tidak terbakar/meletup dalam kawasan suhu tinggi.
HYPREX FIRE EXTINGUISHER 460ml - Pemadam Api Paling Ringan dan Mudah Digunakan Di Dunia
HYPREX sangat ringan, mudah guna dan sangat cepat bagi memadamkan api.
Sebab-sebab ini menjadikan HYPREX menjadi pilihan ramai terutamanya wanita untuk bersiap-sedia jika berlaku kebakaran.
Pemadam api yang biasa digunakan sangat berat, dan memerlukan latihan untuk digunakan.
Berbeza dengan HYPREX, ianya mudah digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu mendapatkan latihan cara guna. Cuma perlu goncang dan spray ke arah kebakaran untuk memadam api dengan cepat.
HYPREX sudah diuji dan diakui seluruh dunia dapat memadamkan kebakaran dengan cepat. Sesuai digunakan untuk kebakaran yang terjadi di dapur, peralatan elektrik, kenderaan dan lain-lain.
Kelebihan-kelebihan HYPREX FIRE EXTINGUISHER
- Ringan dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja - terutamanya golongan wanita.
- Saiz yang kecil dan mudah disimpan di ruang kecil atau kereta.
- Sudah diuji dapat memadamkan api dengan cepat dan pantas.
- Selamat untuk disimpan di dalam kenderaan - Tin HYPREX diuji didalam suhu 100 darjah celcius dan diakui selamat.
- 100% mesra alam - HYPREX dihasilkan dengan ekstrak semulajadi dan bahan gred makanan.
Tempat-tempat yang sesuai untuk HYPREX FIRE EXTINGUISHER
- Rumah dan pejabat - terutamanya di ruangan dapur.
- Di dalam kenderaan - Tin HYPREX sudah diuji sesuai untuk disimpan di kawasan bersuhu tinggi.
Soalan mengenai HYPREX FIRE EXTINGUISHER
- Betulkah HYPREX terbukti berkesan dalam memadam api?
Bahan semulajadi yang ada di dalam HYPREX terbukti dapat meresap kedalam punca kebakaran dan sekaligus dapat memadam api dengan cepat. HYPREX sudah diuji dapat menurunkan suhu kebakaran dari 600 darjah celcius kepada 50 darjah celcius dalam beberapa saat.
- Adakah HYPREX akan meninggalkan kesan kotor pada tempat disembur?
HYPREX dicipta dengan 100% bahan semulajadi dan gas nitrogen yang tidak terbakar. Jadi ia tidak akan meninggalkan apa-apa kesan yang signifikan. Tambahan lagi ianya tidak akan meninggalkan sebarang bau yang tidak menyenangkan.
- Betulkah HYPREX ringan dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja?
HYPREX dicipta khas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, terutamanya wanita, golongan berusia malah kanak-kanak. Jika anda pernah menggunakan sebarang produk spray, anda sudah pasti dapat menggunakan HYPREX.
- Adakah HYPREX betul-betul selamat disimpan di dalam kenderaan?
Salah satu kandungan HYPREX adalah gas nitrogen, ianya untuk memberikan tekanan ketika HYPREX digunakan. Sifat gas nitrogen adalah tidak akan terbakar. HYPREX sudah diuji dan terbukti selamat untuk disimpan di dalam suhu tinggi - walaupun 100 darjah celcius.
HYPREX telah diuji dan dibuktikan oleh
- SGS SVHC (REACH) non-toxicity test
- Certified by Petroleum Consortium LASTFIRE Test Protocol
- UL 162 Compliance Certified for liquid concentrates used for fire extinguisher
- Certified by ISO 9001
- Passed Taiwan’s Ministry of Economic Affairs Bureau of Standards, Metro-logy & Inspection (BSMI) approved on Zero toxicity heavy metal composition fire extinguishing competence
- Quality assurance certified for fire equipment from China National Accreditation Service for Conformity Assessment (CNAS)
- Passed environmental inspection by the Australian Defense Science and Technology Organisation (DSTO)
- China Compulsory Product Certified for Fire Products (CCCf)
- Worldwide Patent Certification
1 tin x HYPREX Fire Extinguisher 460ml